Pages

Friday, 20 February 2015

3 dalam 1


Reaching 35 weeks bermaksud tinggal lagi plus minus lagi sebulan nak bersalin. GULP. Selama ni duk baca je kan pengalaman orang bersalin anak pertama, ada kes baik ada kes seriau, macam-macam lagi. Tapi aku keep on pray dan berfikir positive Insyallah akan jadi yang baik-baik dan yang mudah sahaja untuk aku lalui masa hari pertarungan nyawa nanti.

Si kenit dalam perut ni dah 2 kilo. Aku pulak jenis petite. Makin hari makin terasa kaki berat melangkah dan aku baru notice dalam minggu ni yang aku rasa lenguh sangat kat bahagian peha ke bawah belah kanan. Bayangkan berjalan senget benget hiks. Ya. Kembar penguin pun ada.

Ada akak masa aku check up hari tu dia dah genap 9 bulan dan berat baby is 4 kilossss. Kesian aku tengok akak tu dah macam tak larat sangat nak angkat kaki. Kalau baby besar, if ibu dan anak tak ada apa-apa masalah, ok ya. Tapi kes akak tu dia kena GDM lepastu ada sakit apa entah lagi so nurse cepat-cepat suruh dia refer hospital tempat dia nak bersalin.


Ada kawan aku kat ni dia jual segala jenis kek dan cookies kat facebook. Aku dah lama duk usha Nutella Pod ni. Lepastu aku cuba mesej dia tanya macamna nak dapatkan kuih ni. Rezeki baby sangat, dia ada kat area KLCC hari Selasa tu lepastu dengan baik hati nya dia nak drop by kat office aku bagi mak buyung ni makan kuih dia.

Thank you very much kak Ila! Sedap sangat! Semoga ditambahkan rezeki yang banyak lagi.

Jemput telan air liur di Ela Sweet Treats.


Finally mesin jahit aku dah sampai!. Aku beli dari Lazada. Aku cari yang jenama Global tu tapi yang jenis aku nak dah out of stock. So aku beli yang jenama Omi ni atas sebab review yang very positive about this brand. Paling penting is under my budget. I is sedar diri ok. Beginner je pun. Baik beli yang harga RM99
(NP RM239) buat test market dulu.

Aku ada project sikit untuk anakanda ni. Walaupun malam tadi aku hampir bergaduh dengan mesin jahit ni hahahaha. Rajin nanti aku buat review pasal Omi Sewing Machine ni.

Till then!

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik