Tuesday, 2 June 2015
Pengalaman Bersalin Anak Pertama versi Normal
Hi!
Soalan yang mula2 ramai tanya lepas selamat baby keluar (yang tak pernah bersalin) , SAKIT TAK BERSALIN?
Siapa tak rasa sakit memang power rangers ah dia hiks. Jawapan aku, TAK SAKIT. Owh adakah aku pun power rangers?
YA. Bersalin tak sakit.
TAPI.....
Haaa yang tapi tu sila celik mata besar-besar. Sakit semasa contractions tu SAKIT YA RABBI. Orang cakap sakit tu macam kena period pain tapi aku tak pernah kena period pain. Bukan nak riak bebeh. Yang datang bulan pakej dengan period pain, I tell you baru aku rasa betapa sakit nya korang menggelupur setiap bulan tu.
Contractions tu apa? Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi.
Jangan korang confused dengan Braxton Hicks. Tu sakit-sakit manja alah dia macam semut gigit sikit tapi sakit nya sangat sekejap. Aku rasa aku tak kena BH ni ke aku tak perasan haha. Well first timer memang ada banyak benda yang kita akan terlupa atau tak perasan berlaku ekeke.
Okay back to tajuk cerita sebenar hihi.
25/03/2015 - 39W 1D
10.30 pagi - pergi toilet tetiba spotted setompok lendir kuning kat spentot. I was aaaaa keputihan kah? Tanda nak bersalin kah? Tapi the whole day sampai malam perut tak rasa sakit langsung.
26/03/2015 - 39W 2D
6.30 pagi - pergi toilet then spotted lendir merah kat spentot. Dan masa tu aku dah terdetik, dah nak bersalin kot. Solat subuh jap lepastu bagitahu in laws. Diorang suruh mandi dan urge untuk pergi hospital.
9.00 pagi - makan 2 biji telur ayam kampung separuh masak (ohh my memang kembang tekak makan) dan milo panas. Call suami kt KL bagitahu condition.
10.00 pagi - On the way ke hospital aku rasa macam dah sakit senggugut tu in every 5 minutes. Sampai Hospital Besar Melaka, terus pergi kaunter cakap ada bloody show. Register bla bla lepastu kena tukar baju pink. Aku dah seriau dah. Jangan laaaa kena buat VE ni kang.
Lepastu aku kena buat CTG nak tengok heartbeat jantung baby. Terbaring lah aku kt katil selama sejam. Actually 20 minutes terbaring tu, doctor check graf aku tak cantik sebab aku banyak gerak. Gerak la sebab aku dah mula rasa contraction in every 5 minutes. Sakit! So kena start buat CTG baru. Tu yang sejam terbaring longlai tu huuuu
Lepas dah siap CTG, datang sorang doctor nak buat VE. Biru muka aku I tell you. Aku siap cakap doc buat slow2 (sebab aku baca buat VE ni sakit T__T) . Result 2cm dah bukak. Baru je aku rasa lega, datang lagi doctor lagi sorang nak buat VE dan nak tolong cepatkan bukaan jalan huwaaaaaa.
Nanges tau aku. Sebab second time VE sakit gila kot. Doctor tu nampak je lemah lembut tapi kauuuuuu.
12.00 tengahari - aku kena warded sebab jalan dah bukak 2cm. Yang ni haru sikit. Masuk ward tapi katil tak de kehkeh. So menempel lah aku kat bilik waiting list gitewww.
Pukul 1 lebih baru dapat katil. Baru je nak baring, nurse datang suruh buat CTG lagi pukul 3 nanti. Aku pulak time tu tetibe tekak rasa nak makan double cheese burger dengan milo ais. Sempat order dengan suami yang dah nak sampai hospital.
3.00 petang - CTG again. Masa ni contraction still in 5 minutes time. Suami dah sampai dengan burger tapi aku tak siap lagi. Dah siap tu aku macam dah senyum horeyyy boleh makan burger. Tapi ada doctor datang dan nak check bukaan aku. Guess what dah 4cm! Terus doctor pecahkan air ketuban dan aku dah nanges sebab rasa tak selesa sangat2. Aku siap cakap kat doctor nak makan burger tapi doctor tak bagi wuwuwuw
Puan dah kena tolak pergi labour room. Bila-bila masa sahaja puan akan bersalin.
Aaaaaa? Seriously?
5.00 petang - aku dah duduk atas katil dalam labour room dengan tali mesin CTG duk kat perut. Dan bermula lah drama menjerit kesakitan sorang-sorang hahaha. Suami hanya dibenarkan masuk time aku nak bersalin a.k.a jalan dah bukak 8cm and above sajo.
5.30 petang - contractions sakit sangat2. Mulut memang tak lepas dari doa Nabi Yunus. Katil? Hoiii tak payah cakap. Palang dia tu sikit lagi nak patah hahaha dek dikerjakan aku. Masa ni aku dah meneran dah sikit sebab rasa nak berry sangat2.
5.40 petang - aku jerit panggil doctor cakap aku dah nak terberak yang tak boleh tahan. Nurse datang, seluk, lepastu jerit ,patient dah nak bersalinnnnnnn. Oh my God, aku dah nak bersalin dah ke? Tetibe aku rasa tak sakit macam tadi hahaha boleh pulak macamtu.
6.01 petang - selamat bersalin normal tuan puteri tercinta bersaksikan dedi nya. Sebak ai tell you. Tak sangka aku boleh meneran dengan jaya nya walaupun kena jahit kemain lama hahahaha choii
Dapat lah tidur dengan budak kecik ni malam tu kejap. Kejap sebab anak aku vomit keluar warna coklat. Paed datang bawak anak aku pergi nursery. Rupanya yang vomit tu sebab ada lebihan air ketuban yang melekat dalam badan dia. Huuuuu risau aku ingat kenapa dah.
Panjang pulak entry aku ni haks. Kang sambung.
Till then!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ya allah bila akak cerita ni saya pun terbayang pengalaman lahirkan anak first. mmg takleh lupakan
ReplyDelete