Pages

Wednesday, 11 March 2015

Pengalaman Refund barang yang dah dibeli dari LAZADA

My last entry pasal mesin jahit dari Lazada dan aku dah cakap aku nak return / refund / replace balik kat Lazada. Sebenarnya aku nak replace je sebab aku dah suka dah guna mesin jahit ni ada warranty 14 hari dari Lazada lagi pun.

Cara nak pulangkan barang kat Lazada senang je.

15 Feb (Ahad) aku order mesin jahit. 18 Feb (Rabu) dah sampai mesin jahit aku guna courier Ta-Q-Bin. Lepastu weekend aku try guna dan masa guna tu ada masalah sikit kat bahagian bobbin tu. Aku siap ambil gambar lagi kat mana yang rosak in case diorang mintak gambar nanti.


22 Feb tu (Ahad) aku email Lazada, bagitahu ada sedikit kerosakkan dekat mesin jahit yang aku baru beli tu. Hari yang sama Lazada reply email aku dan bagitahu cara-cara nak return balik mesin jahit tu.


Pastikan semua benda yang korang dapat dari Lazada kena pack sekali ya. Macam aku, kotak mesin jahit tu aku tak buang lagi. Warranty segala mak nenek benang jarum semua korang pack sekali dalam kotak. Aku siap cakap awal-awal kat Lazada yang jarum seketul dah patah hihi ganas jek. Wrap kemas-kemas ketat-ketat sebab nanti korang mesti tak nak la tetibe sampai barang korang kat Lazada lain pulak yang rosak nya.

Tips : Dah pos barang korang, cepat-cepat call Lazada. Inform yang kita dah pos guna courier service apa. Nanti diorang akan minta tracking number untuk diorang key in dalam sistem. By the way boleh je kalau nak inform by email pun. Tapi aku kan tak menyabar ekekeke.


24 Feb (Tuesday) aku email lagi Lazada sebab aku nak dia tukar je mesin jahit tu tak payah refund. Aku dah sedap guna hihi lepastu nak tunggu model lain mesti takkan dapat dah harga yang aku beli ni.

Petang dalam pukul 5 hari yang sama, Lazada call siap cakap kak refund duit je senang kak kang nak replace baru takut ada lagi yang rosak.

Gitu lah ayat nya tapi tu ayat aku la hihi. Tapi aku suka Lazada ni, bagus sangat sape tuuu yang call aku cakap baik-baik. Padehal aku tak marah pun ekekeke.


Paling penting aku nak highlight kat sini, korang kena ringan mulut tulang jemari tanya pasal postage fee tu ya. Sebab dalam t&c Lazada memang diorang akan cover balik kos pos korang tu. Masa mula-mula memang korang kena bayar dulu lah lepastu Lazada akan refund duit barang yang korang beli sekali dengan duit pos. Mahal hoiii kos postage tu. Claimed yek dah orang bagi hehehe.


Kalau tanya baru Lazada akan email details macam ni yek. Kalau tak, diorang akan refund duit barang yang korang beli semata. Kalau korang tak sayang duit pos tak payah la kerek ekekeke. Postage fee lebih RM25 WAJIB ada attachment proof ya. Kurang pada tu halal.



2 March (Isnin) Lazada cakap total refund akan masuk ke akaun bank kita dalam masa 5 ke 7 hari bekerja. Aku dok bajet next week lah paling lambat. 

TAPI
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


4 March (Rabu) aku tetiba nak check akaun Maybank and taraaaaaa duit refund dari Lazada dah masuk RM122.00. Terbaik ah Lazada. Cepat gila proses!

Dulu aku pernah baca ada bloggers pernah review pasal bad service of Lazada ni. Tapi tu back to 2012 macamtu kot. Sekarang dah 2015 dan of course la Lazada akan upgrade service dia kan.

Dan aku pun tak serik.

Order lagi mesin jahit wahahaha tapi yang ni model lain pulak. Nanti aku cerita aku beli jenis mana pulak hihi.

Till then!

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik