Selasa lepas bawak bekal nasi goreng udang. Sebenarnya aku kesian kat udang dalam peti. Kang lama-lama duk membeku tak sedap pulak. Tu gigih bangun pagi-pagi masak. Pukul 4 pagi bangun pergi toilet terus masak nasi. Tidur balik. Pukul 6 bangun, solat subuh terus masak.
Nasi goreng ni feveret encik suami. Dia tak ada lauk lain tak apa. Hari-hari bawak bekal nasi goreng pun tak apa.
Pastu whatsapp suami pesan suruh makan. Walhal tak pesan pun memang akan makan hihi. Pesanan siap cakap nasi goreng sedap. Haruslah membanggakan diri puji masakan sendiri ekeke.
Cakap pasal bawak bekal ni, aku kadang-kadang ikut mood jugak. Kadang-kadang malam tu dah beria pasang niat nak bangun masak tapi ape kan daya. Dah terang benderang langit baru tersedar.
Sekarang dah bawak perut 8 bulan setengah, lagi perasaan malas tu melanda. Bukan di buat-buat ya. Aku pun nak je rajin nanti berjangkit kat anak jadi rajin! Tapi tu lah. Siapa pregnant akan bersetuju dengan aku.
Tak apa lah. Selagi terdaya masak lah untuk suami. Bagus jugak bawak bekal sebab area office aku ni memang kedai mamak je semata. Tak da selera tekak la nak makan mamak tu.
Harap la mesin jahit aku sampai sebelum bercuti raya cina ni. Aku nak buat projek untuk baby sikit. Again, dah 8 bulan setengah pun gigih lagi nak buat macam-macam hihi.
Till then!
No comments:
Post a Comment