Kalau dah aiskrim dalam plastik panjang tu kat negara mana je yang boleh dapat. Kat Malaysia je kawan-kawan.
Biasa nya resepi yang aku dapat ni dari facebook lah. Kejap-kejap ada orang share dan lalu kat wall aku dan ada masa aku buat lah. Dan resepi tu memang aku derhaka betul hehehe memang tak ikut sebijik-sebijik sebab nak sesuaikan dengan barang yang kita ada dan yang peling ikut tekak lah.
Bahan - bahan seperti kat dalam gambar. Tepung jagung tu guna sikit je pun.
Ikut resepi asal, guna susu cair tapi aku kan derhaka. Tu guna fresh milk. Acah-acah healthy recipe.
Nak buat senang banget. Panaskan susu sekotak besar tu, susu pekat setengah tin (nak manis lagi tambah lagi), garam secubit dan 2 cawan air. Pastu aku letak sikit esen vanila. Agak-agak dah panas sikit tu, bancuh 1 sudu tepung jagung dengan air, dan masukkan dalam adunan susu tadi. Kacau kejap. Tutup api. Pergi mandi.
Sebab aku buat ni masa baru balik kerja. Nak tunggu susu tu sejuk, ape lagi pergi mandi lah hehe.
Bila susu dah sejuk, picit choki choki dalam plastik aiskrim. Tuangkan susu. Ikat ketat. Masuk dalam peti ais.
Hasil esok nya. Tadaaaaaaaaaaaaa! Makan aiskrim sambil menikmati pemandangan Rania berendam haks.
Bancuhan adunan tu boleh dapat dalam 15 ketul . Choki choki tu nak pakai sebatang boleh nak potong dua pun boleh. Aku mula-mula pakai sebatang lepastu aiseh tak cukup pulak, terus yang next session tu dah bahagi dua hehehe.
Tips :
~ Letak garam secubit je nak bagi rasa lemak-lemak sikit
~ Bancuhan tepung jagung penting untuk buat aiskrim ko gebuuuu dan tak keras macam air batu.
~ Esen vanila tu untuk bagi bau sedap sikit lah. Tak letak pun aku tak marah.
Semoga bermanfaat!
Hmmm.... Kalau jual boleh jadi jutawan ni...hihihi
ReplyDelete