Sengaja aku buat entry ni kot la kan esok-esok nak menambah zuriat boleh aku refer kronologi cerita mengandung anak pertama dulu macamna. Haks. Harus tulis sebab orang tua-tua cakap, perempuan lepas bersalin akan putus urat. Bersalin anak perempuan akan putus 1 urat. Anak lelaki putus 2 urat. Kalau putus urat pelupa macamna? Putus urat kentut? Hahahaha.
Kawan aku sorang, dia cerita sebelum bersalin dia ni senang ingat semua benda. Lepas bersalin anak lelaki, dah putus 2 urat. I bet satu urat yang putus tu urat pelupa. Sebab dia semua benda nak buat 2,3. Contoh, pinjam duit aku 10ringgit. Padahal dah bayar dah petang tu, esok boleh pulak dia duk rasa dia tak bayar lagi duit aku hahahaha. Minggu depan tanya lagi dia ada hutang pape tak dengan aku. Kalau aku jahat, dah lama dah aku cakap ko tak bayar lagi la hihi.
Tapi aku baik ekekeke.
1st Trimester
Aku dapat tahu aku pregnant sehari sebelum raya puasa 2014. Aku ni jenis period maintain setiap bulan datang. Dan bila dah makin nak raya aku rasa macam hmmm pregnant kah aku? Patutnya tarikh ni dah keluar bendera merah. 3 hari sebelum raya aku ikut mak mertua pergi beli barang kat Mydin. Lepastu aku singgah farmasi beli pregnancy test tu. Konon tak nak cakap kat suami, surprise la tapi being aku, semua benda aku akan cerita kat suami aku tu.
Balik tu, aku simpan dulu pregnancy test tu. Mak mertua ada tanya, puasa penuh ke tahun ni? Aku pulak tak tahu nak cakap apa kot la malam raya tu bendera merah datang berkibar kan.
Sehari sebelum raya, which is hari last day puasa, semua sibuk kat dapur pagi tu. Suami aku tengah bakar ayam sebab mak mertua aku nak buat ayam percik kelate. Resepi tu aku yang bagi. Tu pun aku cedok dari kawan facebook aku hahaha. Suka hati je bagi resepi kannn. Aku mana lah pernah buat ayam percik kelate tu.
Lepastu aku rasa nak pergi toilet. Tinggg! aku pikir try lah buat test ni.
Lama aku kat toilet. Padahal time dah letak urine kat test kit tu, time tu jugak double line muncul dengan jelas nya. I was aaaaa menggigil menangis eh tak tahu lah nak describe macamna. Syukur sangat. Menandakan subur lah tu aku dengan suami aku hahahaha. Kitorang nikah bulan 2. Lepastu aku kena sakit pulak (dugaan) so doctor pesan kalau boleh jangan pregnant sebab aku tengah makan ubat yang agak tinggi dos.
Aku dan suami tak fikir panjang. So kitorang hold kejap nak ada anak until aku betul-betul dah sembuh dan bebas dari kesan ubat.
Rezeki sangat dapat tahu mengandung . Cukup sebulan aku puasa penuh which is aku rasa last aku puasa penuh pun masa darjah 4 ke 5 macamtu la hahaha. Thank you sayang. Sebab awak lah, bonda dapat rasa lagi puasa penuh.
Seminggu ke dua minggu lepas raya, aku kena sakit kat bahagian tulang bontot. Sakit macam salah urat macamtu. Sakit Ya Rabbi aku cakap. Kalau time nak bangun dari kerusi ke, nak bangun keluar dari kereta ke, setiap ada pergerakkan memang sakit gila. Even kalau nak duduk kat kerusi pun, slow-slow je kena duduk bangun. Aku pergi kerja bonceng motor dengan suami. Kadang-kadang ada bumper ke atau lubang yang tak boleh elak, sakitttttttttt gila kat situ. Sampai aku marah suami bawak motor laju padahal aku dah tahu jalan macamtu memang tak dapat nak elak dah hehehe.
Sebulan lebih you olls I suffered sakit tulang bontot tu.
Tapi gigih aku. Sanggup tahan sakit dari jumpa doktor. Masa aku check up bukak buku pink tu, aku dah cakap kat doctor aku sakit tulang bontot. Doktor rilek je cakap biasa lah orang pregnant ni sakit nya macam-macam T__T
Alahan
Syukur sangat aku tak morning evening sickness since pregnant sampai la ke hujung. Orang terdekat aku yang turut pregnant ni, siap ada yang masuk hospital la, tak boleh makan tu, tak boleh makan ni, tak boleh bau tu, MC kerja sampai 3 bulan erkkk dugaan sangat diorang tu.
Terima kasih tuhan untuk ujian yang mudah ini. Kecuali sakit tulang bontot tu ekekeke.
Makan
Ohh ya. Masa ni aku tak suka makan ayam. Kalau ada ayam dalam nasi goreng tu pun aku kuis-kuis tepi je. Tak pun tolak kat suami aku. Aku suka gila seafood. Setiap hari lah aku rasa nak makan udang goreng kunyit jee. Sedap gila dah bagi tu. Sebab tu ada kakak tu cakap aku ni pregnant anak lelaki sebab dia dulu suka seafood then pop out boboi boy. Tidak sama sekali kak. Kita nya tuan puteri hihi.
Berat Badan
Berat aku semasa pregnant 42 kilo dan maintain sampai bulan ke 3. Nurse ingat aku ada muntah teruk ke sampai tak naik berat. Padahal aku kan, malam-malam je tibai makan nasi. Dah nak buat macamna anak bonda nak bagi can kat bonda feeling kurus lagi hihi. Lepas bulan ke 4 tu, haaa baru nampak berat aku naik.
Aku banyak bersyukur untuk kandungan ni sebab aku still lagi mampu boleh datang kerja, boleh lagi buat kerja rumah sikit-sikit, boleh makan, boleh baring tidur dengan selesa (kecuali kerap nak terkencing je tu). Alhamdulillah bahagian aku yang ni mudah. Aku cuma kena yang minor sickness sahaja. Orang lain yang lagi teruk kena dari aku, aku pun tak boleh rasa macamana.
Hakikatnya, tu lah dugaan jerit perit pahit diari 9 bulan seorang ibu mengandung.
Syukur Ya Allah. Semoga aku mudah senang dan selamat masa bersalin nanti. Ameen.
To be continue.....
semoga dimurahkan rezeki
ReplyDelete