Pages

Wednesday, 1 July 2015

Pengalaman - Interview Kerja Kerajaan


Assalamualaikum!

*menaip entry bertemankan Rania yang duk ralit tengok kaki sendiri LOL*

Muqodimahnya masa dalam pantang aku dapat panggilan temuduga (skema nya ayat) kerja gomen. Believe it or not sepanjang 28 tahun aku hidup, ni la first time I olss dapat interview dari gomen. Yes please believe it. Rezeki Rania.

Maka interview tu pun masa aku dalam pantang lagi. Nasib baik je tarikh interview tu sehari sebelum aku merdeka pantang which is on hari ke 34. Aku pantang rasmi 44 hari ya and continue sambung 100 hari uhuk uhuk uhuk.

Kalau tarikh interview tu kena masa 2 minggu pantang aku rasa ada yang pergi sambil berstokin tebal berpilis bagai ekekeke tapi phewww idok lah jadi nya. Sesungguhnya aturan Allah tu kena pada masa nya.

My tips pergi interview kerajaan?

1) Study.

Study kat sini tak ada lah maksud kau wajib tekun beli buku kewangan (aku punya skop interview in finance) dan siap buat nota berjela-jela umpama macam dekat university tuh. Baca sikit je pasal kementerian berkenaan,  nama menteri sikit, etc. Baca versi touch and go pun dah cukup.

2) Jawatan yang dipohon.

Pastikan korang semua tahu korang interview jawatan apa dan skop kerja. Percayalah. Aku masa kat depan pintu bilik interview tu baru aku perasan aku punya gred apa. Dan jeng jeng the interviewers tu tanya ye pasal ni nama penuh jawatan yang aku pohon dan mintak details sikit apa skop kerja kalau aku dapat jawatan tu. Faham?

3) Isu Terkini.

Make sure korang alert sikit pasal apa yang berlaku kat muka bumi Malaysia ni. Kalau tak pernah tengok berita @ baca paper, bohong lerrr korang tak ada facebook. Aku mengaku je. Banyak info aku tahu dari facebook ekekeke. Viral sekejapan dah ada. Aku punya part ditanya pasal GST. GST pun aku belajar dari facebook hahaha.

4) Sijil dan Dokumen Penting.

Pastikan korang adakan all the documents seperti yang diminta. Yang mana kena fotostat tu, korang letak dalam 1 envelope warna coklat tu. Resume susunan WAJIB atas sekali. Jangan jadi macam aku resume letak belakang sekali sabarrrrr je lah siap kena tegur dengan encik interviewers -_-'. Yang dalam envelope kena serah kan sebelum interview start dan tak boleh pulang balik ye. Segala sijil mak nenek berhenti sekolah, spm, degree tu kena bawak susun cantik-cantik dalam clear folder.

Alaaa macam korang pergi interview kerja mana-mana tu. Mesti kena bawa all the sijils kan.

5) Integrity

Tahu ke idok apa maksud integrity? Soalan WAJIB nih. Aku ni pun tak ada lah sebijik hafal maksud semua tu sebab aku bukan jenis senang ingat. Bersalin hari tu ada urat putus seketol haks. Maka, aku bagi contoh. Jawapan aku, integrity ni encik contohnya kita kena buat sesuatu kerja secara jujur dan amanah. Mudah kan jawapan aku? Tehehee

5) Datang Awal.

Tak kisah lah interview kerja kerajaan ke swasta, please be earlier melainkan syarikat tu mak bapak korang punya.

6) Pakaian Kemas.

Untuk perempuan, pakai je baju kurung. Nasib baik lah baju kurung aku muat pakai lagi phewww. Kasut wajb bertutup. Pada aku jangan pakai flat shoes. Pakai yang ada heels sikit la baru orang nampak kita ni serious. First impression tu penting.

7) Keyakinan, Mutu dan Keunggulan.

Tagline iklan apa dah ni?. Keyakinan tu penting bebeh walaupunnnn jawapan kau berterabur hahaha aku lettewww. Tak payah semakkan otak nak jawab soalan dengan ayat skema. Yang penting, jawab. Salah ke betul bantai je. Tapi of course laa with logically thinking.

Kot la di tanya, awak rasa saya handsome / cantik? Jangan lah jawab, wow encik sangat handsome dan tak pernah saya jumpa orang se handsome macam encik. Heh tu jawapan nak kena halau.

8) Tawakkal.

Tukang interview tu manusia. Apa jua keputusan diorang, yang menggerakkan hati is Allah. Dah usaha, dah berjuang, leave it the Creator ya.

Sesi interview aku habis in 30 minutes. Suami aku tunggu kat depan bilik interview . Rania aku angkut dengan mak mertua aku sekali duk dalam kereta. Aku pulak dah cuak sebab lama sangat tinggalkan Rania. Melalak kang budak tu.

Tapi memang dah nak start enjin melalak dah time aku dah siap hihihi.

And the result is...........

Drum rollssssssssssssssssss

Rezeki Rania. Mak nya dapat as a calon simpanan dulu. Within a year,  akan dipanggil lah aku masuk kerja. Plus minus lah a year. Kalau cepat kot lepas raya ni dipanggil masuk kerja kan.

Suami aku is one of the makhluks yang very happy bila tahu aku lulus interview ni. Sebab dia pun keje gomen kot hahaha tapi aku ni jenis tak kisah sangat kerja mana-mana as long as aku ada duit poket sendiri. Senang nak shopping you olls kehkehkeh.

Although kerja makan gaji, niat aku nak berbisnes tak pernah pudar. Aku suka berniaga siap berangan one fine day aku akan ada my very own kedai. Masa tu Rania akan jadi staff aku hahaha. Ye lah. Siapa tak nak jaga anak sendiri depan mata khennn.

Sebaik-baik perancangan is from Yang Maha Agung. Aku ni percaya je apa yang terbaik. Sekarang pun aku ada bisnes kecik-kecik. I was plan for something *senyum lebar*

Till then!

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik