Pages

Thursday, 12 March 2015

Lazada - Penghantaran Terlajak Cepat!

Sambung entry semalam. Aku beli mesin jahit baruuuuuu lagi. Tak serik beli dari Lazada. Sebab?

1) Dah dapat duit refund hari tu yang agak cepat.
2) Duit refund kita beli yang baru pulak ekeke sebab model yang aku nak dah muncul kembali kat Lazada hoyeh!
3) I tell you, harga mesin jahit ni lagi murah dari kedai lain (based on my online survey)


My new toy hihi Global Sewing Machine GSM-505

Sebenarnya aku dah lama usha Global Sewing Machine GSM-505 . Mostly feedback sangat lah cun. Walaupun kecik tapi dia boleh jahit langsir kauuuuu. Terkejut aku baca review tu. Kecik-kecik cili padi dia nih.

Lepastu aku survey kat kedai-kedai yang jual model ni. Harga yang aku jumpa between RM200 ke RM250. Tu belum masuk postage ya. Lepastu aku cari harga kat website Global. Tak ada tulis harga. Aku call, ada staff bagi no salesman suruh aku bincang harga.

Aku call.

Hello En Rahman (Global salesman tu). Saya nak beli Global Sewing Machine GSM-505 seketul. Best price berapa?

Giteww terus mintak best price laju-laju.

Puan nak berapa ketul? Seketul RM185 campur postage RM20. So total RM205. Tapi puan, jangan beli dengan saya kalau seketul.

Ewah dia tak bagi beli seketul.

Puan beli dekat Lazada. Model yang puan nak kita dah restock kat sana. Harga pun murah puan. Kalau beli dengan saya in bulk, saya boleh bagi special price. Tapi kalau seketul puan terus beli dekat Lazada kayh.

Dengar je dia cakap macamtu, tak ke aku berdesuppppp bukak website Lazada, tengok harga RM159, okeh confirm order!

Finally, aku dapat jugak beli model yang selama ni aku nak. Owh rezeki adik baby lah ni. Thank you sayang. Please bawak more rezeki lagi kayh hihihi.



As per mention, harga asal RM239.00. Err tak ya. Harga asal RM185 je pun kalau beli dari Global terus. Tapi kalau beli dekat Lazada jimat lagi RM26 (compare beli dari Global) plus FREE Shipping! Yang tak suka benda free dan menjimatkan jangan kawan dengan kita T__T



Lega aku dapat order model mesin jahit yang aku nak. So aku expect paling awal by Monday akan dapat. Aku order hari Khamis 5 March. Dah cakap dah suami aku mesin jahit akan dapat next week so Monday tu aku akan bawak extra cash. Aku pilih COD ya. Korang nak bayar terus pun tak ada hal.

6 March pukul 12.30 tenghari dah tercongok posmen taqbin ni. Laaa awal benor kau sampai. Dah la dalam purse aku ada RM70 je. Nasib baik la officemate aku bagi guna duit dia dan selaju yang mungkin aku bayar by online transfer kat dia.

Pandai Lazada jaga hati ibu mengandung ni ya hiks.

Kalau korang baca review kat website Lazada tu, mostly korang akan jumpa ada lagi yang orang sempat beli dengan harga murah. Tu depends kat promotion Lazada lah. Ada sorang tu siap dapat harga RM129 sajo lepas guna coupon code. 

Aku silap pulak. Sepatutnya sebelum check out order tu kena key in vocher RM10. Tapi I is lupa sebab teruja sangat nak beli takut kena kebas lagi 0_0

Tapi bersyukur lah. At least aku berjimat jugak kat situ RM26 dan yang paling penting dapat free pos sampai selamat kat tangan aku. Jimat lagi.

Disclaimer : Pengalaman membeli belah aku di Lazada mungkin tak sama dengan orang lain. Rezeki barang dapat cepat ^_^

Till then!

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik