Pages

Monday 23 February 2015

Food Review - Satay Zaini di Ampang Jaya

Malam apa entah tetibe suami cakap tekak teringin nak makan satay. Biasa beli dekat bawah rumah tu je tapi alkisah kedai tutup. Maka mari lah google satay sedap di area ampang. Ya nak yang sedap sahaja. Tak sedap tak nak makan hihi.

Aku pernah makan kat satay station. Boleh tahan sedap tapi harga a bit pricey for me. Sebab aku pernah makan dulu dulu dulu tak ada lah harga sampai macamtu. Our last visit to satay station bulan 6 tahun lepas seeee ingat lagi aku. Mee rebus bonda masa aku pergi bulan 2 tahun lepas is RM6 semangkuk. Pergi bulan 6 tahun yang sama harga dah RM7.80 semangkuk.

Not inclusive tax ya. Air buah gelas kecik dekat RM4-5 which is sepatutnya kalau kat tempat lain dapat la gelas besar. Tahun ni aku tak pergi lagi dan tak tahu harga dah berapa.

OK.

Back to Zaini's Satay. Dari rumah aku nak ke sana tak sampai 10 minit. Plus suami tahu kawasan kat mana.


Zaini's Satay is located dalam food court. Kalau tengah cari parking tu, kedai dia dari luar dah nampak. Sebelah Zaini's Satay ada Nur Satay. Jangan silap order pulak hiks. Dan parking kena berpusing sikit lah sebab full house jugak.

Masa mula-mula sampai orang tak berapa ramai. Still ada tempat duduk. I bet orang keluar lambat sikit sebab baru lepas hujan masa tu.

Nak order berapa cucuk?

Hmm 20 cucuk la. Takut satay kecik.

Takut sangat satay kecik ekeke.


Sekali sampai tu diaaaaaaaa. I tell you memang gemuk montel bulat-bulat satay nya! Aku tengok suami aku. Suami aku tengok aku. Mahu nya tak tengok masing-masing. Biasa kitorang order kat satay bawah rumah tu paling banyak pun 10 cucuk je. Aku pulak nasib baik tak order bihun sup tadi.


RM1 secucuk. Dengan daging nya lembut dan juicy. Saiz montel-montel .Aku order 10 cucuk ayam 10 cucuk daging. Kuah kacang sedap. Nasi himpit tak kedekut. Bawang dan timun serba lengkap. We are puas hati!

Walaupun makan terkulat-kulat nak habiskan beheee.

Aku dengan suami memang makan macamtu. Kalau order atau beli apa-apa memang bajet untuk 2 orang je. Lain lah kalau ada orang lain memang kitorang order lebih. Sebab dah tahu dah. Kalau beli banyak pun, siapa nak makan kat rumah tu.

By the time kitorang nak balik, orang dah makin ramai.

Boleh direkemen lah untuk korang nak makan satay kat sini. Direction boleh google Zaini's Satay Ampang Jaya dan terus ada.

Website pun ado ni Zaini's Satay.

Till then!


No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik