Pages

Monday 18 December 2017

Hectic Week!

Hi!

Kronologi nya lah :

11 - 13 Disember

Outstation days. Dari Melaka ke KL berkelana mencari rezeki. Kalau ada company sendiri ni dah lama dah aku rasa kaya raya hahahaha. *Mudah-mudahan* Penat ye memanjat tangga bangunan dan menapak di jalan raya. Yang boleh tutup mata penat tu dengan dibalas oleh allowances muehehehe.

13 Disember

Mak mertua aku pergi umrah. Akhirnya sampai jugak mak ke Mekah. Ada rezeki tahun depan pergi haji Insyallah.

Tengok tu sempat lagi bergambar dengan Jalaludin Hassan. Bini baru dia tu kakak nya salah sorang satff kat sini. Maknanya gossip pasal diorang tu sebenarnya kitorang dah tahu awal lah dari kome hihihi. Cuma majlis je ya ai tak dapat nak pergi.


Malam tu sempat aku masak dinner. Walaupun badan penat tapi tu lah kan kadang-kadang aku pun pelik dengan perangai aku. Nak jugak masak hahahaha. Soto-ayam-semata nama di beri. Bahan-bahan sampingan dia tu nan ado. Aku tumbuk je cili padi letak kicap untuk laki aku. Rania ni nasi himpit dia suka. Habis 2 ketul besar tu.

14 Disember

Back to office life. Settel kan kerja yang menimbun. Tapi kan aku suka sebenarnya pergi kerja.

15 Disember



Farewell party to Ain. Dah 3 tahun budak ni kerja dan dia cakap nak berenti sebab tak ada orang jaga baby dia. Sebagai seorang mak aku faham sangat. Bila ada anak, dia nak jadi our major priority. Semoga berjaya in your future Ain. Insyallah rezeki awak akan melimpah - ruah lagi nanti.


Dannn mestilah ada group photo kannn.

Dan penyudahnya untuk week ni, Rania aku hantarkan kat rumah maklong dia (Sebelum ni nenek tolong jaga kan). Minggu ni sampai minggu depan, kakak ipar aku tolong jaga. Routine aku pepagi terus zapppp bertukar hahahaha. Biasa pukul 8.20 baru aku keluar rumah. Sekarang before 8 aku kena keluar.

Tapi ada gak aku terbabas lepas pukul 8. Kalut ribut aku settel kan budak kecik ni . Campur dia merengek yang luar biasa ai tell you. Walaupun setiap pagi aku berzikir kat dia yang aku kena pergi kerja, bila kerja aku dapat duit, dapat duit boleh belikan dia mainan.

Mula-mula angguk faham lepastu melalak balik hahahahahaha.

Bertabah lah dik. Maklong jaga pun baik apa. Tambah pulak aku yang jenis kejap-kejap whatsapp dia Rania buat apa, Rania dah makan ke tak, Rania nangis ke tak. Kadang-kadang aku stop whatsapp sebab tak nak kakak ipar aku rasa annoying hahahahaha.


Sejenis hantu sticker. Pantang ada nak ditampal nya.

Till then!


No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik