Pages

Monday 16 March 2015

Check Up 37 Minggu.

Hi!

Kejap je masa berlalu. Lepas 36 minggu, ibu-ibu yang mengandung WAJIB kena attend weekly check up ya until selamat bersalin. Jangan tak pergi sebab we never know apa keadaan baby kat dalam. Aku pun minggu ni dah last kerja. Weekend ni dah balik Melaka as aku akan bersalin dan berpantang kat rumah mak mertua.


Sepatut nya dari minggu lepas (36 Weeks) dah kena check dengan doctor tapi boleh pulak doctor tu bercuti T__T. Selasa tu baru doctor ada. Dengan gembira nya aku masuk bilik doctor, lepastu macam biasa dia akan scan perut aku sambil disaksikan suami aku.

Suami aku siap cakap, dia nak tengok nanti anak dah jadi macamna hehe.

37 Minggu

1) Berat adik baby - 2.64 kilo. Aku macam tak sangka jugak selama ni duk kelek beban yang hampir 2.7kilo ekekeke. Sebab perut aku kecik sangat. Kecik-kecik cili padi sayang bonda nih ^_^

2) Air ketuban ok. Kedudukan uri ok. BP etc alhamdulillah ok ^_^

3) Kepala adik baby pun dah betul-betul masuk jalan keluar. Nervesnyaaaaa rasa. Doctor pun cakap anak dah fully term. Bila-bila masa sahaja aku akan bersalin. GULP. 

4) Doctor bagi new EDD. Masa mula-mula EDD aku 31/03/2015. Check up 6 bulan EDD 1/4/2015. Ok lah tak jauh sangat beza. Sangat penting ya kekakak tanda dalam kalendar bila last date period. Macam aku lepas nikah, rajin gila tanda kalendar period datang bila habis bila hihihi. New EDD aku 8/04/2015. Sebab apa dah makin jauh? In case aku tak bersalin on due date, dan masa tu baby air ketuban semua tu tak ada masalah doctor akan bagi tempoh seminggu macamtu.

Dan if 8/04/2015 aku tak bersalin jugak, maka nya aku kena get ready untuk di paksa bersalin! 

Huwaaaaa! tetiba rasa nak terberak dengar doctor cakap macamtu. As I concerned, bersalin paksa ni lagi sakit dari bersalin normal. Yelah baby tak ready nak keluar tapi dah kena paksa keluar, mau nya tak sakit gila kan. Lain lah kalau baby dah terberak dalam perut ke, tali pusat terbelit ke, ada serius cases ke, yang tu memang betul-betul kena tawakkal lah ya.


Dan yang paling aku rajin gila buat sekarang (dulu buat jugak tapi macam tak konsisten hehe) tanda pergerakkan baby. Actually korang kena buat masa anak dah start gerak atau macam aku bila nurse suruh lepastu nak dekat check up date baru menggelupur buat kerja sekolah ni. Jangan tiru perangai buruk aku yang ni okeh.

Ada sorang kawan baik aku, sentiasa pesan kat aku, kena rajin catit pergerakkan baby bila dah lepas 36 weeks. Sebab, dia masa dah dekat-dekat nak bersalin tu dia tak sedar yang anak dia kurang gerak 10 kali dalam masa 10 jam tu. Tup tup anak dah lemas dalam perut. Sedih sangat aku dengar dia cerita. Orang lain berpantang dengan baby tapi dia berpantang sorang. Dia cakap kat aku, nasib baik dia tak meroyan je. Yelah, ko dah 9 bulan bawak perut, baby pun dah cukup sifat fizikal tapi kun fayakun. Allah bagi dia anak syurga. Untung ko ma, dapat dah sorang anak yang tunggu ko kat syurga.

Sekarang kawan aku dah 2 orang dah anak dia pun. Syukur Alhamdulillah dapat pengganti dengan sangat cepat. Rezeki dia. Tu yang dia duk pesan aku tu. So aku panjang-panjang kan pesan dia untuk korang yang baca blog aku.

Orang mengandung ni pahala dia lain macam tinggi nya. Dah bersalin, semua dosa gugur. Kalau syahid masa bersalin, lagi lain macam tinggi pahala nya. Tu lah keistimewaan orang mengandung.

Aku memang tawakkal serah diri habis kat Yang Maha Pencipta. Doa aku agar semua selamat dan dimudahkan segala urusan. Semoga bahagian aku nanti senang.

Adik baby , rasa-rasa awak nak keluar bila? :)

Till then!

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik