Pages

Friday 5 January 2018

Anak Alergik Ubat Demam Paracetamol

Hi!

2hb Januari 2018 terus Rania kena demam. Demam tahun baru maybe hehehe. Malam tu aku rasa macam badan dia dedau (orang Melaka cakap dedau = dedar). Tapi aktif kemain. Makan nasi semangat. Habis nasi minta nak makan biskut rokok (ala biskut love letters tu). Habis lah 5 ketul dia makan.

Ajak aku tido.

Pukul 2.00 pagi dia kejutkan aku cakap sejuk. Aku pegang badan dia uiiiii panas nya!. Terus check suhu, 38.5C, kejutkan bapak dia bawa pergi hospital.

Sebelum pergi hospital tu aku dah godek 1 peti ais mana lah aku letakkan ubat demam si kecik ni. Seingat aku memang ubat tu ada lagi. Jenuh aku godek tak da nampak batang hidung ubat tu yang aku kejut bapak dia.

*Aku syak Rania dah buang. Sebab dia pantang nampak benda-benda berbotol dalam peti ( I mean botol kecik) terus dia cakap basi dan plop campak dalam bakul sampah hahahahaha*

Tawakkal jugak pergi emergency dan makan ubat demam yang doktor bagi. Nak tunggu farmasi buka lambat lagi. Takut aku nak memandai tunggu kan. Jadi bagi lah juga makan ubat demam tu walaupun sebenarnya Rania alergik makan PCM.

Bukan nak cakap GH tak bagus ya (laki aku kerja hospital kot) , tapi sebab dia memang alergik bila makan ubat PCM tu. Dan yang pelik bin ajaib nya , alergik dia hanya kena selepas 12 jam makan PCM. Macam naik bintik-bintik di area mata dan nampak bengkak lah kat area situ. Part badan lain tak de pulak kena.

Jadi hari tu, 2 kali jugak lah dia terpaksa makan PCM tu. Sampai aku balik kerja, baru aku pergi beli ubat demam lain.



Rania hanya serasi dengan Nurofen dan Ibuprofen. Alhamdulillah bila makan ubat ni dah tak naik alergik langsung kat mata dia.

Yang aku faham, Nurofen / Ibuprofen ni dia ubat demam sekali dengan tahan sakit. Tapi tolong prescribe doctor masing-masing sebelum try kat anak korang ya. Jangan memandai nak cuba bila baca cerita aku ni.


Sejak 2 tahun lebih ni senang betul bagi budak ni makan ubat demam. Kadang-kadang tak demam pun dia nak makan ubat heh ko dah kenapa anakkkkk. Dia cakap ubat ni sedap rasa orangie. Makan ubat pun duduk ya. Tak payah aku nak bergasak bagai. Mudah kerja mak dik.

We have been told oleh doctor, penggunaan Nurofen/Ibuprofen ni kena monitor jugak. Maksudnya, kalau anak demam biasa, ubat ni boleh guna. TETAPI, kalau anak demam denggi, ubat ni haram di beri. Sebab dia lagi menggalakkan pertumbuhan virus denggi gitu lah (summary dari aku yang bukan doctor ni). Sebab tu aku cakap , make sure dapat nasihat doctor dulu okay.

Anak demam, mak pun kedaung. Kena pulak bila dia demam start malam sampai ke pagi.

Tapi anak tak demam kang tak bagus jugak. Mana dia nak bina sistem imun dia kan.

Till then!



1 comment:

  1. Ya allah...memang terjadi kat anak pompan 7 taun pagi semalam...rasa badan anak panas...kebetulan..ubat prufen 100mg memang ada spare...selalu anak kalau demam..bagi makan parecetimol 250mg tuu..tapi nak jadi cerita..bagi anak makan ubat prufen beli kat farmasi..anak makan ikut berat...makan ubat prufen ni tak sampai 2 jam...anak mengadu ada kebintat atas kelopak mata..macam kena gigit semut @ nyamuk...basuh muka anak...pas basuh...anak dok tonyoh2 kat mata tu...pas merebak kat kawasan mata je...kat tempat lain tak pun..mata mula bengkak..atas kelopak ngN bawak mata...ya allah memang menyesal bagi makan ubat prufen kat anak..kesian kawasan mata bengkak... Pas tu soh ayah dia p farmasi beli ubat alahan bagi makan...alhmdllh..bagi mkn ptg skali ngn mlm skli..syukur alhmdllh..bngkak surut... Mmg alahan dati ubat jenama prufen oral suspension 100mg/5ml...mmg taubat dah tak kan beli ubat jenama ni... Allah hu akhbar...

    ReplyDelete

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik