Pages

Wednesday 18 February 2015

Sembelit dan buasir semasa mengandung

Entry khas untuk yang wanita yang sedang mengandung atau yang bakal mengandung atau yang sewaktu dengan nya.

Antara perkara paling menggerunkan aku semasa pregnant ni. Aku ni boleh la letak dalam kategori suka membaca fakta (some ada jugak auta hihi) pasal mengandung. Yelah, first time mengandung mesti banyak benda nak kena tahu dan bertanya. Selain encik google pemberi maklumat setia ,aku jugak ada la tanya kat orang yang dah pernah mengandung., kat orang tua-tua.

Tak ada lah masa mengandung ko main tibai je nak makan nak buat apa pun kan. Ada baik nya kita bertanya dan mencari ilmu. Tak ada rugi pun.

Back to kisah sembelit ni, aku kena masa masuk 3rd trimester. Kepada yang tak tahu sembelit tu bila awak pergi toilet, nak berry tu susahhhh sakitttt sangattttt. Stool tu keras (bahasa paling sopan dah ni) dan kalau nak berry memang akan ambil masa yang lama dalam toilet.

Dan bila dah lama fed up laaa tu yang jadi kes teran meneran until laa tetiba rasa macam buasir yang keluar. Buasir berlaku bila dah kerap meneran lepastu dia membengkak dan time tak selesa bila buasir kena kat bahagian luar. Bengkak sakit pedih semua kena huuuuu.


Kalau google gambar buasir, aku nak tengok pun geli. Ni gambar yang aku sekali tengok terus letak sini. Nak actual gambar pun ada. Tu pun kalau korang boleh la menahan mata dari tengok.

Buasir adalah perkara biasa semasa hamil. Jika anda pernah mengalaminya sebelum hamil, anda mungkin akan mengalaminya lagi. Ramai juga wanita yang mendapat buasir untuk kali pertama semas mereka hamil. Dianggarkan kira-kira seorang daripada 10 wanita mendapat buasir dalam trimester ketiga.
Katanya biasa tapi bagi aku tak biasa huhu.

Cara nak elak kena sembelit dalam buasir ada banyak. Banyak minum air masak (3 Liter sehari) dan jaga makan tu fakta paling biasa ko akan jumpa.

Antara cara aku buat untuk elak sembelit dan kecutkan buasir :

1) Pagi-pagi sebelum pergi kerja, aku makan 1 sudu kecik pati delima jenama Gulsan (atau apa-apa jenama yang korang prefer). Masammmmmm. ( Tapi tak ada lah aku berry hari-hari jugak)

2)  Minum air suam banyak-banyak. Kat office ni sejam sekali aku akan minum air suam 1 cawan. Hasil nya, toilet dah jadi tempat persinggahan wajib hiks

3) Serbuk manjakani - Aku siap kirim kat adik aku. Dia beli kat kedai ubat cina. Buah manjakani original tu, basuh lepastu tumbuk bagi hancur berdebu. Ambil sikit, letak air bagi melekat then sapu setiap malam kat buasir yang terkeluar tu. ( Mula-mula aku rasa menjadi lepastu macam tak jadi pulak  T___T  )

4) Minum air yogurt  kadang-kadang. Sebab hormon aku ni kejap rasa nak minum kejap tak nak langsung minum huuu.

5) Minum minyak zaitun - aku baca minyak zaitun elok di makan macam tu je. So aku try amalkan almost sebulan, 1sudu besar pagi, 1 sudu besar malam. Tapi sembelit aku tak kurang jugak. Makin seksa aku rasa T___ T

Yang paling teruk aku kena, yang masa cirit-birit hari tu. Ya Rabbi sakit tak terperi! Ya sembelit tak ada, tapi bila sejam sekali hadap mangkuk toilet , boleh buat buasir makin teruk ya.

Sudah nya aku hadap jumpa doctor jugak sebab tak terperi sangat dah sakit nya. Bengkak buasir tu dari malam langsung tak kecut *nanges* sampai la ke pagi. Nak baring nak duduk semua tak selesa.

Jumpa doctor, nasib baik doctor perempuan sebab dia siap nak tengok yang buasir tu teruk mana aaaaaa maluuuu kitewwwww. Tapi bagi jugak lah for the sake of my pregnancy kan. Dan doktor pesan if buasir berdarah kena terus refer emergency takut kena jangkitan kat baby pulak.


Dibekalkan dengan ubat peluru untuk kecutkan usus buasir tu.


Ni untuk lembutkan stool.

Alhamdulillah, ubat doctor menjadi dengan aku! Bengkak makin kurang, sakit pun dah tak rasa sangat. Tapi aku cari gak alternative lain untuk elak sembelit dan buasir ni sebab aku sebenarnya takut nak makan selalu ubat macamni. Walaupun ubat ni khas untuk orang mengandung tapi tu lah being aku, takut jugak.


Finally, aku makan VCO atau minyak kelapa dara jenama Catalyst untuk kes sembelit dan buasir aku. Surprisingly , it works on me! Seminggu lepas aku makan VCO ni, stool aku elok je. Bila stool dah elok, sembelit pun tak ada. Bila sembelit tak ada buasir pun makin ok sebab pergeseran usus kat dalam tu dah tak sekeras dulu.

Until dah 33 weeks ni aku still lagi makan VCO, 2 biji selepas makan malam setiap hari. 

Buasir aku still ada ya tapi dah tak seteruk masa kena dulu. Dan aku doa sangat lepas bersalin ni buasir terus hilang sebab ada setengah kes, masa pregnant je kena. Lepas bersalin tak ada. Tapi ada jugak yang lepas bersalin kena sebab kes meneran huhu.

Whatever it is, aku percaya pada usaha. 

Aku usaha cari maklumat pasal sembelit, buasir, ubat apa yang sesuai makan masa pregnant, bla bla bla. Semua aku cari ya. Dah jumpa, cuba makan contoh VCO yang aku makan ni. Selamat di makan semasa pregnant dan alhamdulillah sesuai untuk aku dan baby :)

Till then!


2 comments:

  1. Same case kena buasir masa masuk trimester ketiga. Dah 4 hari kena. X bg tau doc pun sbb malu nk tunjuk. Huhu. So biar je. Tp tengok mcm mengecut sendiri. Sy buasir luaran.

    ReplyDelete
  2. Sama baru 2 hari kena nie...sekarang dah 8bln mengandung...try minum VCO dan sapu kat dubur...

    ReplyDelete

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik