Pages

Thursday, 26 February 2015

Food Review : Restoran Timor Place Dagang Avenue


Restoran Timor Place Dagang Avenue ni dari aku sebelum nikah lagi dah pernah makan dekat sini. Seingat aku first time makan kat sini masa berbuka puasa dengan encik boyfriend (sekarang dah sah halal jadi suami tercinta) back to 2 years back gitu la.

My first impression about their food. SEDAP SANGAT.

Basically Timor Place ni masakkan dia ala Thai. Which is memang kena dengan tekak selera kami suami isteri. Harga dia macam korang makan kat Murni tapi aku boleh bet masakan dia much much more better dari Murni.

Adik aku siap banned Murni. Sebab ada sekali dia makan the famous mee raja kat sana, ada lipas sekoq dalam mee. Ko ghase?

So far aku makan kat Murni tak ada lagi makhluk berbulu berkaki dalam makanan aku beheeee.


Tempat makan dia very nice la. Selesa. Ada wifi lagi. Boleh la nak melangut lama-lama kat sini. Macam aku, lepas makan terus jalan. Nak makan kat dalam boleh kat luar pun boleh.


This is what we called, great food with a great people. Aku ni sebab dah terpengaruh sangat dengan Manu dalam My Kitchen Rules ekekeke. Siapa geng aku? Sekarang MKR ni New Zealand season. Tak ada dah muka Pete and Manu dalam tu.

Portion dia quite big ya. Make sure masa nak makan kat sini korang memang tengah lapar teruk. Aku order kuey tiow kungfu (RM7.00) and hubs with nasi goreng timor place (RM7.80).

Bila tengah lapar teruk, datang makanan yang sedap, memang menyeronokkan hati ekeke. Sebab aku pernah dalam situation masa kat rumah dah terbayang nak makan apa yang sedap dan bila sampai makanan yang di order tapi tak sama apa yang dibayangkan, maka hati jadi luluh berkecai  T____T.

Tak suka tau feeling macamtu.


Orang makan desert selepas makan. Aku tak. Sebelum dan selepas makan. Sebab dah 2 hari tekak aku rasa nak makan kek yang sedap. Tengok, wajib la ada sedap. Adik baby ni nak makan sangat hihi.

Cheese strawberry cake ni aku beli kat kedai yang 1 row dengan Timor Palace. Nampak dari luar ada kek, terus masuk kedai. terus tunjuk nak cake mana. Sekali bayar, amek kauuuuuu RM12.75 termasuk tax.

Ye bagi korang alah dua belas ringgit je pun.

Tapi bagi aku dengan portion yang kecik (weh memang kecik) dan aku rasa kalau beli dekat secret recipe boleh dapat 2 ketul kek kot. Dan tu lah first and last aku beli kek kat kedai tu -____-

Till then!

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik