Krem / kejang tu biasa aku guna. Lebih-lebih lagi semasa preganant ni aku selalu kena. Tak ada lah setiap malam aku kena. Nak masuk 9 bulan ni rasanya tak lebih dari 5-6 kali kot aku kena. Dia datang masa tengah tidur dan masa aku tengah menggeliat!
Kadang-kadang kan kita tak perasan tengah tidur tu nak menggeliat. Masa tu aku noticed sangat, senang kena kejang.
Sakit?
SAKIT! Aku setiap kali kena mesti kejut suami. Nasib baik lah kan suami aku bukan jenis tidur mati ekeke. Dengan sepantas kilat dia bangun, luruskan kaki aku sambil tekan tapak kaki kuat-kuat. Begitulah dia buat sampai la aku hilang sakit.
Orang cakap masa mengandung ni senang kena kejang-kejang ni sebab kata nya baby duk sedut kalsium mak dia. Mungkin jugak kekurangan kalsium dalam badan atau garam. Tapi aku ni jenis minum susu jugak walaupun tak konsisten T__T
Posisi tidur pun kena betul. Aku dari tak pregnant sampai pregnant memang suka tidur mengiring belah kanan. Kalau pusing kiri, rasa terhimpit je dada. Nak bernafas pun susah. Lagi satu nurse duk pesan, masa tidur tu kena tinggikan kaki. Lapik la seberapa banyak bantal bagi tinggi lepastu letak kaki. Tapi aku kejap je buat macamtu ekekeke. Biasanya aku tidur mengiring lapik bantal kat perut. Mak nya tidur kepala lapik bantal. Baby pun of course lah nak jugak letak kepala kat bantal kan hihi.
Rasa dah hujung-hujung pregnant ni aku rasa sebak pulak. Sebab tak sangka, aku dah semakin melalui bulan terakhir pregnant dengan jaya nya -_-'. Rasa bersyukur sangat aku di antara orang yang terpilih untuk bawa 1 lagi nyawa dalam perut aku yang kecik comel ni hehe.
Aku harap ni bukan kali pertama dan terakhir aku pregnant.
Till then!
No comments:
Post a Comment