Pages

Wednesday, 27 December 2017

Melaka Food Truck Park @ Melaka Mall

Hi!

Aku kalau di kira dekat 3 tahun jugak lah dah permanent duduk Melaka. Cuma cakap Melaka aku tak pandai. Rania aku tengok dah ada dah loghat Melaka dia.

Contoh. Bonda nampak tak gambau ulau.

Orang Melaka huruf R kat belakang bila bercakap automatik jadi huruf U. Tu yang gambar jadi gambau tu.

Ahad hari tu laki aku tanya nak pergi mana-mana tak. Aku tengah kemas-kemas rumah dah terfikir nak pergi sini tapi tak terluah. Dan magic pulak bila laki aku cakap "kita pergi makan kat Melaka Food Truck Park nak". Omaigod. Rasa macam sehati sejiwa pulak haks.


Konsep makan kat sini, buat tawaf dulu untuk tengok truck mana yang korang berkenan. Dah habis tawaf, pergi dekat truck yang korang nak beli, order, bayar dan tunggu makanan siap. Self service ya. Jangan bising kalau tak ada orang hantarkan makanan ke meja korang pulak.


Kali kedua pergi sini, aku decided nak makan benda lain. Spaghetti bolognaise RM7.50, meatball RM5.00, Takoyaki RM5.00, Churros RM5.00, Rootbeer Float RM4.00, Buah RM2.00 & Air kotak lychee Rania RM1.50. Total RM30.00.

First time datang dulu, aku makan Char Kuey Tiow dia. Sedap. Harga dalam RM6-7 macamtu . A bit pricey sebab isi dia cenonet nau. Untung sedap lah. Tak susah nak cari pun sebab truck tu je yang jual nya.


Suka aku tengok lampu-lampu bergantungan tu. Zasss ada idea untuk birthday Rania nanti hihihi.


Membodek memang champion. Air kotak lychee tu sebenarnya dedi dia dah sedut dah setengah. Kalau tak buat macamtu, sedap lah mulut kecik tu menyedut air non - stop.


Baru nak bergambar berjemaah dan Rania ni berak pulak hahahahahaha. Tu gaya dah menjerit suruh cebokkan. Ko dik time-time ni lah nak membuang kannnn.


Nak pergi toilet ni masuk je Melaka Mall kat pintu hujung. Bersih jugak lah toilet nya aku masuk hari tu. Siap bersihkan budak kecik ni dia berlari naik stage hahahaha cakap nak tengok olaf. Snowman tu dia panggil olaf. Dalam gambar ni sekor olaf pun aku tak nampak hahahahaha.


Dekat foodtruck tu ada live band jugak. Gambar tak ada Rania dah tarik tangan aku nak pergi toilet. Masa mula-mula aku pergi truck tak banyak. Tapi malam tu aku pergi ada dalam 15 trucks jugak lah. Harga boleh tahan mahei tapi ko menang ko environment lah. Makanan jangan expect tinggi sebab menu sekadar ada sahaja.

Yang bujang-bujang tu boleh buat port lepak. Yang ada family, datang makan je cukup. Tak boleh lama-lama anak cepat boring.

Till then!



No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik