Hi!
Hotel Sentral Melaka ni lokasi dia di bandar Melaka. Walking distance nak ke Hospital Putra, berhadapan Mahkamah MBMB dan bersebelahan dengan Risda Melaka. Nak pergi ke Bandar Hilir dalam 10-15 minit je. Tapi kalau weekend / school holiday / public holiday, azab jugak. Melaka kan kocik ja yo. Jalan pulak sehala. Bawak tasbih sesiap ok masa hadap jam nanti.
3 Star Hotel. Maksudnya harga memang in your budget lah. Nak duduk dekat dengan bandar tapi nak harga berpatutan boleh la menginap kat sini.
Warisan Coffee House boleh memuatkan 100 pax dalam satu masa. Breakfast ada a few varities jugak lah. Kalau korang datang masa public holiday, bersiap sedia lah dengan serangan berjemaah. Breakfast dari pukul 7 pagi sampai 10.30 pagi. Bangun tidur pukul 11 pagi mintak maaf lah.
Dekat hotel ni ada 5 kategori bilik untuk korang pilih. Ada bilik Superior Room , Deluxe Room, Triple Room dan Family Room. Dan 2 Bilik Suite. Kebanyakkan harga bilik ni dah termasuk dengan breakfast (tapi tengok betul-betul masa booking bilik kat internet tu).
Actually bangunan Hotel Sentral Melaka ni, dulu nya Hotel Grand Continental. Tapi since 2013, Sentral management dah took over dah. Jadi nya semuaaaaaaaa barang Hotel Grand Continental tu dah discharge dan di masukkan semuaaaaaaaaa peralatan baru. Katil, tilam lampu, standing showe (dulu bath tub) dan macam-macam lah. Ni tahun 2017, still consider baru lah lagi kan barang-barang nya.
Yang paling menggembirakan rakyat jelata of course laaaa ada swimming pool. Mak pak datang yang ada anak kecik mesti suka kan. Swimming pool ni di tingkat 10 (roof top). Menyelam di bawah keindahan langit tajuk nya. Dalam 4 kaki. Dibuka dari 7.00 pagi sampai 7.00 petang sahaja. Dress code : bantai-apa-sahaja. Maksudnya tak perlu nak formal bikini bagai eh.
Selain tu, di Hotel Sentral Melaka ni ada kemudahan dewan seminar. Ada 5 dewan kesemuanya yang boleh memuatkan dari 30 hingga 200 orang. Tapi yang ni diorang ada buat pakej sekali dengan bilik dan makan. Sila berhubung dengan pihak hotel untuk maklumat lanjut.
Trivia untuk Hotel Sentral Melaka :
~ Ada sijil halal. Chef melayu.
~ Lokasi yang sangat strategik (di kawasan bandar)
~ Depan hotel ada kedai mamak. Sebelah kedai mamak ada kedai Roti John famous di Melaka
~ 7E ada. 5 minit jalan kaki. Kena seberang jalan
~ Non-muslim boleh makan di food court sebelah hotel sahaja. Buka dari malam.
~ Spacious parkingggggggg.
Hotel Sentral Melaka
20, Jalan Tun Sri Lanang, Pengkalan Rama Tengah, 75100 Melaka
Till then!
No comments:
Post a Comment