Monday, 6 July 2015
Resepi - Puding Trifle Cepat dan Mudah
Assalamualikum!
Sepanjang puasa dah 2 kali aku buat puding ni. One of the pujaan hati suami aku. Tapi suami aku tu bukan lah jenis cerewet bila cakap pasal makan. Telur goreng kicap pun sedap katanya. Thank God dapat suami yang makan apa sahaja walaupun kadang-kadang aku masak tak sedap hiks. Amatur chef biasa lah.
Resepi Puding Trifle Cepat dan Mudah
Bahan-bahan
Kek gulung
1 tin buah koktail (paling best guna fresh fruits)
1 tin susu cair
5 sudu besar tepung kastard
Jelly (aku guna brand Nona)
Cara buat.
1) Potong kek gulung. Nak tebal mana suka hati you olls. Susun dalam bekas kaca. Nak bagi presentation nampak cantik pakai bekas kaca okay.
2) Tekan padat-padat kek gulung. Lepastu siram air koktail buah tu sikit. Siram bagi kek nampak basah. Jangan sampai kek tu lembik tenggelam ya.
3) Dalam periuk lain, campur kastard, susu cair setin dan setengah tin air. Kacau dulu sampai tepung kastard tu betul-betul dah tak berketul baru masakkan atas api yang kecik. Jangan terus kacau atas api. Kang menggerutu kastard tu ewwww. Kacau sampai likat sikit.
4) Tuang kastard yang dah masak atas susunan kek gulung tadi. Ratakan. Tabur buahan koktail tu atas kastard. Letak koktail tak kick sangat ah rasa dia. Tapi tu je yang sempat ada kat rumah aku.
5) Masak jelly ikut arahan kat kotak. Aku siap guna botol susu Rania sukat air ngehngeh amatur chef kan.
6) Make sure layer kastard tadi dah sejuk baru tuang jelly. Kalau tak, tak nampak le 3 layer tuh.
7) Sejukkan dalam peti. Tunggu azan maghrib baru ngap!
The only gambar puding trifle yang aku ada kat IG pulak tu. Tengah best menaip baru nak upload gambar baru perasan entah pergi mana banyak-banyak gambar puding tu hoi. Sabar je lah.
Senang gila heh buat ni. Pejam mata pun boleh. Tapi ada ke orang masak sambil pejam mata?
Til then!
Labels:
resepi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment