Pages

Wednesday, 17 June 2015

Penangan Anak Che Ta!


Hi!

Seantero dunia kenal Aaisyah Dhia Rana anak Che Ta. Hoiii comel sangat! Masa Che Ta baru bersalin tu ada la kawan aku hantar gambar si Aaisyah ni kat whatsapp group. Gigih kawan aku ikut update Che Ta beranak bila kan haks.

Kena pulak masa tu aku tengah pregnant kan Rania. Tetiba aku terkena Aaisyah-syndrome-deseases. Suka hati kau je letak nama penyakit. Dia macam sejenis penyakit yang buat kan aku everyday stalk IG Che Ta. Masuk office sebelum start kerja, aku khatam kan muka si Aaisyah ni.

Everyday kauuuuu.

Tak ada nya laa dapat anak sebijik Aaisyah tu khenn. Aku dengan suami kacukan negeri je. Tu pun orang cakap laki aku mamak T__T. Kesian. Padahal pure melayu tapi hitam sikit je.

Hitam sebab main takraw tengah panas berdenting. Aku kalau tahu dia ada game takraw bukan kat dewan perghhh berbulu je mata tengok dia balik rumah dengan rupa hitam berkilat habis.

Dan setiap kali dia balik hitam tu la aku duk cakap nak sental dengan kelapa parut, yang lebih buat santan tu, nak suruh dia berendam dalam air susu la.

Tapi tak terbuat pun aku hahahaha. Kesian. Cakap je lebih. Bukan tak nak buat. Tapi kang laki aku lebih cantik dari aku dah macamna ekekeke.


Dalam gambar cerah sikit la. Lighting edit bagai. Aku pun tumpang sekaki nampak cerah hihi.


Our little angel. Dah makin besar nampak sangat ikut dedi looks. Rambut, hidung, kepanjangan mak aihh panjang budak ni semua fotostat dedi. Kecuali warna kulit je cerah sikit dari dedi ye dik huwawaa.

Esok, Khamis kita dah mula puasa. Means pagi kang kena bangun sahur. Tahun lepas aku puasa penuh dengan jaya nya sebulan sebab tak tahu tengah pregnant. Tahun ni Rania dah keluar ke dunia, harap sangat dapat puasa penuh lagi. Malas meh nak mengganti bagai hihi.

Salam Ramadhan Mubarak!

Till then!

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik