Pages

Tuesday, 3 March 2015

Supplement apa yang sesuai untuk pregnant mom?

Hi

Masa mula-mula mengandung, I read a lot of articles pasal supplements apa yang best makan semasa pregnant. Makan tu lah, makan produk ni lah. Semakin banyak membaca, semakin banyak pulak products yang ada di pasaran which is sebelum ni tak tahu pun yang sekian-sekian sesuai untuk orang mengandung. Hiks.

Aku tak ada lah makan semua ya. Walaupun mula-mula wah nak kena beli ni, eh yang ni pun kena beli, haaa yang tu pun kena gak beli dah eh semua laaa kena beli -,-

Dan percayalah, kalau beli semua pun boleh ke makan consistently? Hormon orang mengandung lain macam ya kekakak. Kejap nak makan, kejap tak suka makan. Berani ni cakap sebab dah terkena kat diri sendiri hahahaha bertabah je lah. So, as a conclusion, aku hanya beli bila rasa betul-betul nak makan sahaja.

1) Early pregnancy, susu Anmum tu aku minum everydayyyyyy dua kali sehari without failed! Hoyeh! Aku suka susu so tak ada masalah nak telan susu any flavour. Until la check up bulan ke 4 (masuk 2nd trimester) berat aku naik 2kilo lebih. Before ni berat aku langsung tak naik even aku tak kena morning sickness muntah teruk tu. Dan disebabkan kenaikkan berat yang tak terduga, aku di calonkan untuk minum air gula next month nya T__T

Lepas dari tu, terus stop minum Anmum walaupun baru je beli kotak baru, aku continue minum susu HL sajo.


2) Lepastu aku baca lagi facts, nak ada cerdik kena makan kekacang. Maka cari lah aku dan suami almond nuts yang di beli kat Hero. Lupa dah harga tapi mahal ya sebab aku beli yang pure dan mentah. Balik tu kena baked dulu. Aku goreng kat kuali je . Tak payah guna minyak. Harap lah anak nanti cerdik jugak sebab habis je 1 plastik tu terus aku tak beli-beli dah ehehehe.


3) Mix nuts and dried fruits ni aku beli kat Minaz Food. Kat dalam tu ada kurma, kekacang, seeds, apricot, buah tin semua yang jenis kering-kering. Sedap sampai tak habis makan tehehee. Kesian dia dah lama tercongok atas peti tu. Bukan aku tak nak makan ya. I told you earlier, hormon makan orang pregnant ni memang sentiasa berubah. Azam aku sempat lah aku habiskan semua ni sebelum bersalin nanti.


4) Mula-mula aku beli pati delima jenama sebab Gulsan masa tu tak ada stock kat kedai. Rasa dia masam Ya Rabbi. Pekat sangat-sangat bila makan rasa pekat dia tu ada lagi kat tekak T__T. Jumpa Gulsan terus aku beli. Gulsan best! Tak pekat sangat dan telan pun sedap.


5) Percaya atau tak ni minyak zaitun ni dah masuk botol ke 3 aku beli since pregnant. Please believe it hihi. Aku makan je ye minyak zaitun tu sejak 5 bulan pregnant. 2 kali sehari dengan harapan senang bersalin nanti hehe. Tips untuk yang tak boleh telan minyak zaitun ni, lepas je telan terus makan sesudu Gulsan. So tak da lah nanti rasa berminyak nak termuntah semua tu. Gulsan automatik akan cover rasa tak enak tu giteww.


6) Sampai lah 7 bulan aku pregnant, aku kena sembelit dan buasir yang teruk. Aku try pulak makan VCO dari Catalyst. Review cakap VCO boleh elak sembelit dan dalam masa yang sama boleh senang bersalin jika di amalkan berterusan. Aku cuba makan plus dengan ubat doctor, dan alhamdulillah it works on me (senyum sampai telingaaaaa please). Sampai la sekarang aku makan still makan VCO tu.

Minyak zaitun aku dah stop makan ya. Aku takut la nak makan banyak-banyak minyak kang bergaduh pulak diorang dalam perut tu nanti hihihi


7) Neurogain aku consumed dari 7 bulan lebih macamtu until sekarang dah masuk 36 weeks. Harga dalam RM50++ sebotol tapi aku dapat free sebab adik aku boleh claimed dari company dia. So apa lagi, sebat lah 2 botol terus ekekeke.


8) Aku suka kurma kering dan yang tak manis sangat. Aku ni bukan suka makan manis kecuali kek atau desert sajo hihi .Yusuf taiyoob yang kering tu ok boleh telan. Mariami pun sedap tapi mahal sikit. Pun kejap makan kejap tak. Kismis pun sama, tak suka yang manis. Korang pernah try Golden Raisin? Sedap weehhhh. Rasa dia masam manis lemak wahh secukup rasa. Sekilo kat Mydin RM18++ you olls. Tapi kena la dengan tekak aku.

Kurma kismis dua-dua aku tak consistent makan. Besar lah harapan aku meniti 9 bulan ni aku akan makan kurma dan kismis banyak-banyak. Khasiat kurma memang dah tahu bagus tapi again, hormon jugak akan jadi mangsa ekeke.



Can't wait to meet you anakku!


Till then!

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik