Pages

Monday, 9 March 2015

Saya suka strech marks!

Ada ke jenis manusia yang suka stretch marks macam aku ni? hahahaha.


Bukan perut kuuuuu. Gambar Google.

Well bebeh, stretch marks dan wanita mengandung berpisah tiada. Aku tak pernah dengar pulak orang mengandung tak ada stretch marks unless pelakon yang berlakon watak pregnant lady tuuuu hah tu confirm tak ada ya. 

In my case, aku baru perasan ada kena stretch marks ni masa 8 bulan preggie macamtu. Or else aku rasa kena lagi awal kot tapi aku tak perasan sebab tak perhatikan betul-betul ekeke. Lately mata a bit tajam sikit ( tak jugak) stretch marks makin besar dah jelas kelihatan hihi.

Ramai kawan-kawan aku suruh sapu cream / minyak / etc dari awal pregnant lagi. Tapi tu lah aku ni selagi tak nampak tak ada rekahan tak ada maknanya nak sapu bagi hiks. Konon nak bangga lah kan horeyyyy perut tak ada stretch marks!

Padehal................  T___T

Lately ni jugak aku baru rajin tenyeh minyak zaitun (well rumah aku ada sebotol besar minyak zaitun yang melalak-melalak minta dihabiskan) twice a day. Selepas mandi lah biasa aku sapu. Minyak zaitun aku pakai memang tak melekit ya. Tak jugak on the spot kering nya. Macam kena biar dalam 3,4 minutes lepastu dia kering dengan sendiri nya.

Pernah lah aku tunjuk kat suami,

You tengok perut I merekah. Kesian I. Tak cantik dah perut I ni. Agak-agak you sayang lagi ke kat I wanita perut merekah-rekah ni

Buat drama tv1 sikit.

Ada pulak cakap macamtu. Orang mengandung memang lah perut merekah bla bla bla bla

Drama aku habis dengan sad ending. Bukan sebab suami aku cakap nak tinggal kan aku ke ape kan tapi sebab kena membebel dengan dia hahahahaha. Sedih I tauuuuu.

Tapi kan, lama kelamaan aku rasa tak payah risau sangat lah dengan rekah-merekah kat perut ni. Sepatutnya kena bersyukur sebab stretch marks adalah salah satu tanda yang kita kaum hawa pernah mengandung dengan jaya nya! Tepuk bahu sendiri please ^_^

Kita pun bukan model nak tayang perut kat public, tak ada jugak nak pakai baju senteng nampak pusat bagai kan. Cuma tayang perut kat rumah untuk tontonan suami dan anak-anak je lah hihi. 

Besides, kalau anak buat perangai kan tunjuk je kat dia stretch marks tu. Lepas tu cakap ayat pedas berapi sikit. Tengok perut mak ni, awak kecik-kecik dah pandai buat rekahan tak cantik kat perut mak ni lagi awak nak melawan cakap mak? Tak kesian ke kat mak awak ni ha?

Drama tv1 harus ada. Kali ni buat 2 episod ya.

Kalau suami degil pun buat perkara yang sama tapi ayat kena lagi pedas berapi meleleh. Rasakan dia. Kita mengandung sampai sangup korban kan perut sampai jadi ukiran tak cantik ada hati lagi nak buat perangai.

Drama tv1 lagi tau. Yang ni setahun punya episod.

Ekekeke.


Insyallah, dua-dua buah hati saya ni semua nya baik, tak degil, pandai jaga hati saya dan segala-gala yang molek belaka. I love you both more than I love myself  ^_^

Kisah stretch marks ni, sekarang berlambak produk nak hilangkan rekahan degil ni. Standby duit je nak beli yang mahal ke murah hihi.

Till then!

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik