Bunyi nya pelik tapi hakikat nya begitulah bila mengandung.
Aku dah nak masuk 34 minggu dan setakat ni perubahan yang aku paling perasan bila time makan. Tak tahu lah kan kenapa aku macam tak suka makan nasik. Makan pun sikit je. Nak habiskan nasik sepinggan memang bercinta habis.
Orang lain kena alahan 3 bulan pertama, aku macam kena nak hujung-hujung bulan je ni hihi.
Selalu everyday aku tapau nasik untuk lunch dari HKL. Suami aku keje sana. Dia drop by aku beli makanan kat mana-mana, dia pergi punch card, lepastu amek aku, hantar aku pergi office.
Kat area office aku kedai mamak je memanjang. Mana lah tekak aku nak makan mamak. Nak menapak pergi ampang park tak larat dah aku dengan perut sarat ni.
Hari ni bawak bekal roti sapu peanut butter. Lunch aku makan nasik dengan gulai ikan tongkol lepastu siap bungkus balik. Aku tunggu petang sikit kot lapar sangat aku makan balik nasik tu. Lepastu tekak nak minum air fresh orange. Hilang gak rasa payau kat tekak ni.
Entri aku ni bukan nak cakap aku merungut tau. Aku cuma nak berkongsi kisah suka duka ecehceh semasa mengandung. Kot la anak aku esok-esok dia teringin ke kann nak tahu kisah mak dia masa mengandungkan dia ni. Dah ada wikipedia.
Kemain. Wikipedia siap lulssss.
Till then!
No comments:
Post a Comment