Pages

Wednesday 10 June 2015

Tuan Puteri Frozen


Hi!

Suka pulak aku tengok frozen ni walaupun dulu heh apa lah yang semua budaks duk gilakan cerita frozen ni. Trust me, sampai sekarang aku tak tengok pun cerita frozen tu kahkahkah cuma tahu lah ada si Elsa, si Anna dan Olaf tu. Tu pun aku tengok mak-mak duk update kat facebook anak-anak diorang duk fanatik nya duniaku sangat pasal frozen.

Hari ni Rania genap 2 bulan 14 hari. Yang paling aku perasan perubahan budak kecik ni, dia jarang berak! Kalau bulan lepas kemain dia sehari 3,4 kali dia akan membuang dengan jaya nya.

Tapi aku tak cuak mihmihmih.

Sebab aku dah dipahamkan oleh puan doctor dan nurses yang check up setiap bulan tu. Kalau fully bf, tak payah risau.

Fully bf - baby tak berak up to 10 days tak jadi masalah. Tapi if hari ke 11 still tak berak better jumpa doctor ye.

Bf campur Fm - maximum 7 hari sahaja. Lebih pada tu better bawa baby jumpa doctor.

Fully fm - maximum 3 hari. Fully fm ni better berak setiap hari sebenarnya. Lebih dari tu kena lah mengadap cik baju putih.

TAPI..

Untuk fully bf, check jugak kencing baby okay ke tak, perut kembung kah, meragam tak atau apa-apa symptoms yang mak rasa tak sedap hati.

Masa Rania tak berak 5 hari tu, punya lah risau dedi dia. Paksa jugak pukul 11 malam pergi hospital.

Aku ingat bila Rania dengar dia "hospital" dia akan takut maka akan berak malam tu hahaha see besar nya harapan mak nya kan.

Tapi nan hado lah.

Jumpa je doctor, baring kan dia atas katil sambil doctor explain bla bla and guess what, Rania tetap malu nak berak depan doctor hikhik.

Dah la tak berak, dia buat-buat selesa pulak baring atas katil tuuu siap bersembang dengan doctor (cakap dalam bahasa dia) ewah si kenit ni.

Dah tu bila Rania berak?

Esok nya, tenghari. Melepaskan 3 kali teranan dan zapppppp tak tertanggung cik pampers dengan bahan buangan rania hahahaha.


Ni bukan nangis sebab tak berak. Ni sebab aku tengah nak paham kan tangisan dia sebab apa huuuuu sabar je lah mak.

Ada anak kecik especially baby memang kena alert lebih. Mak pak tak sihat tak apa. Boleh jugak meraung bercakap sakit. Tapi baby ni, nangis je lah dia tahu. Lapar nangis, nak tido pun nangis hahaha tu kena belajar lagi nak cam kan nangis dia tu sebab apa.

Mak kuat.

Till then!

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik