Pages

Saturday 14 March 2015

Dilema seorang ibu mengandung.


Dalam dilema sangat. Nak bersalin kat mana. Kalau bincang dengan suami, aku angguk je apa dia cakap. Aku takut jugak cakap lebih kang jadi derhaka. Dah la dalam waktu-waktu kritikal ni seboleh-bolehnya nak jaga hubungan tatabahasa dengan suami.

Angguk aku tu dalam kesayuan jugak. Hati aku sayu , sedih, entah tak tahu nak expressing macamna.

Suami aku suruh aku balik Melaka minggu ni. Dia nak aku bersalin kat sana sebab ada mak mertua family members yang boleh monitor aku kat sana. Lagipun aku minggu ni dah last kerja. While dia akan balik KL sambung kerja then by the time aku nak bersalin, dia akan datang balik ke sisi aku.

Sayu. 

Taip entry ni pun air mata aku dah bergenang.

Aku setiap kali lepas solat aku doa sambil nangis-nangis nak sangat suami aku ada kat sebelah aku masa aku dalam labour room nanti. Walaupun dia cakap, takut dia yang pitam hewhewhew tapi aku tak nak. Kedegilan hati aku nak jugak dia ada kat sebelah aku . Aku nak dia tengok anak kitorang dalam keadaaan fresh berdarah lagi tu. Aku nak sangat moment tu.

Nak tahu kenapa aku nak sangat?

Bersalin tu jihad seorang wanita. Andai kata umur aku tak panjang lepas bersalin tu......

Ya. Aku tak nak fikir buruk. Tapi aku percaya dengan mati itu pasti. Tengok arwah Harun Salim Bachik yang meninggal tetiba selepas keluar dari toilet dekat petrol pump. Innalillah.

Tak ada wanita yang nak bersalin mintak jadi macamtu. Semua nak lepas bersalin, ibu anak selamat. Keluar dari hospital dengan baik. Jaga anak sampai ke tua. Indah. Semua nak realiti yang macamtu.

Dekat Melaka, hanya Hospital Besar Melaka yang akan terima kes bersalin anak pertama. Hospital Jasin dan Alor Gajah, yilek ye. Semua kena tolak kat sana. Aku pulak hmmm bukan ke Hospital Besar Melaka tu sama je macam HKL huuuuuuuu.

Lepastu, dalam labour room suami tak boleh masuk UNLESS dah pergi antenatal class kt Hospital Besar Melaka SAHAJA. Itu syarat-syarat dia ya.

Walaupun suami aku ada GL, tu bukan lesen untuk masuk dalam labour room sewenang-wenang nya.

Sayu.

Aku kalau boleh nak bersalin kat Hospital Ampang sebelah rumah aku tu je. Tapi suami cakap, takkan kita berdua je nak harung kat sini T____T. Anak pertama bukan dia je risau tapi aku yang nak beranak lagi la risau.

Hospital Ampang still lagi boleh consider hospital baru ya. Aku baca review pun semua best je bersalin kat sana. Dan suami pun boleh masuk teman isteri dalam labour room nanti which is tu laaa yang aku duk doa-doa sangat selalu.

Tapi baik Hospital Ampang atau Melaka, suami dan visitors hanya boleh melawat masa tempoh melawat je pun. Tak boleh nak simply masuk ward sesuka hati walaupun duduk 1st class.

Hmmmmm.

Tak apa lah. 

Mungkin ni ada rahmat di sebalik kesayuan hati ni.

Mungkin ini salah satu rahmat aku senang dan mudah bersalin ke kan.

Redha suami tu penting. Aku tahu.

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik