Aku first time kena minum air gula masa 20 weeks. Sebab nya berat aku naik 2 kilo dari bulan lepas nya. Masa check tu nurse duk suspect aku kena GDM ( Diabetes Semasa hamil ) kan. Aku ada gak membaca yang cakap, masa pregnant ni gula senang melekat dalam badan. Ada setengah orang kena masa pregnant. Dah bersalin tak ada. Ada lagi bagus tak ada kena langsung la.
For the sake of my baby, minum jugak lah mak nya.
Masa mula-mula minum, aku selamba je telan tanpa rasa was-was ekeke. Aku tengok orang depan terpisat-pisat je nak habiskan air gula secawan tu. Kalau nasib baik dapat lah yang berperisa oren. Macam aku dua-dua air gula perisa gula pure punya.
Sebelum minum air gula kena puasa ya. Malam tu last makan sebelum pukul 10 malam. Esok datang klinik dia akan ambil darah dulu. Kemudian tunggu kejap, minum air gula, tunggu lagi 2 jam, ambil darah lagi sekali dan boleh makan!
I tell you, masa mula-mula tu aku macam ok lagi. Pening tahap 1 je. Siap keluar klinik terus boleh makan nasi lauk ayam bakar.
Result MGTT akan tahu within a week. Kalau korang ada masalah masa result tu, pihak klinik atau hospital akan call. Macam kes aku, alhamdulillah all is normal. Well done baby!
Konon aku ingat dah selamat la kan dari minum air gula lagi. Sekali masa 33 weeks check up, nurse suruh minum lagi sekali air gula. Aku siap protes hahaha tanya la nape nak kena minum lagi, sedangkan berat aku masa tu naik 1.6kilo jeee bukan 6 kilo.
Puan, tak apa ikut prosedure. Demi kesihatan puan dan baby.
Memang kalah la dengar perkataan baby tu.
Dua hari lepas monthly check up, menyerah la aku pergi minum air gula sekali lagi. Prosedur macam biasa tapi lepas minum air gula tu pening aku lain macam. Sakit kepala berdenyut-denyut.
Aku syak sebab baby dah makin besar, lepastu dengan tidur yang tak menentu lately. Bertabah lah demi anak tercinta.
So kepada mak-mak yang diluar sana, kalau kena minum air gula, minum je. Memang la rasa dia tak sedap tapi bayang kan lah air gula tu macam ais blended chocolate ke, kek red velvet ke, apa benda yang manis-manis dan sedap.
Aku siap masa minum duk imagine tengah makan biskut famos amos tu hiks.
Till then!
No comments:
Post a Comment