11 Februari 2015, 9:40 malam, Khamis malam Jumaat, kita dikejutkan dengan pemergian arwah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat atau lebih dikenali dengan tok guru. Tapi aku selesa panggil dia Ayah Zik.
Aku kenal dia dari zaman bayi lagi. Rumah lama aku dulu 1 kawasan jugak dengan arwah. Ayah aku lagi lama kenal dia. Dari arwah nenek aku (rumah nenek aku nak ke rumah arwah jalan kaki pun tak sampai 5 minit). Turun tangga rumah arwah terus nampak tangga masjid. Memang rumah dia sebelah masjid Pulau Melaka.
Setiap kali solat sunat hari raya Aidilfitri, kami satu family akan solat di masjid Pulau Melaka dan ber imam kan arwah. Penuh masjid sampai melimpah ruah ke luar masjid tu pandangan biasa.
last aku sempat solat sunat Aidilfitri kat sana 2 tahun lepas (sebelum kawen). Tahun lepas aku kawen, raya puasa kat Melaka belah suami. Tahun ni memang aku pernah cakap kat suami, nanti kita ramai-ramai solat sunat Aidilfitri kat masjid tok guru.
Raya haji biasa solat kat sebelah rumah mak sedara aku sebab kitorang buat korban kat rumah dia. Lepas solat terus sembelih lembu.
Dari aku kecik sampai besar, rutin selepas solat sunat Aidilfitri di masjid tok guru tak pernah berubah. Lepas je solat, memang akan ada makan-makan kat belakang masjid (belakang rumah tok guru jugak). Menu setiap tahun berubah-ubah.
Ada makan laksa lemak Kelantan tu, nasi dagang ke, nasi kerabu ke. Siap disediakan kerusi untuk tetamu makan. Tempat kecik je , orang ramai beratur makan tapi aku tengok tak ada pun orang merungut.
Budak-budak lagi seronok. Siap berebut beratur nak salam dengan tok guru. Lepastu dapat lah duit raya. Tak pun dapat jajan yang dah di pek macam dapat kat kenduri kawen tu.
Dulu mak aku lee rajin beratur berebut jajan tu hihi. Dah adik-adik aku dah besar, tak de kuasa nya dia nak beratur lagi.
Aku tak pernah duduk minum sembang semeja dengan tok guru. Cuma pernah tengok dia depan-depan. Sejuk je muka dia. 2 tahun lepas, masa dia imam kan solat sunat Aidilfitri tu, suara pun serak-serak dah. Sayu je kalau ingat balik. Tapi arwah ni kuat. Mampu lagi dia jadi imam masa tu.
Ramai orang sayang dia. Kalau lepas solat raya, berderet-deret orang nak salam peluk cium dia. Jangan kan orang Islam je, Cina, India , mat salleh pun beratur sama nak jumpa arwah.
Gitu lah bila orang disayangi ramai kan.
Sedih aku pagi ni bukak facebook, semua update pasal kehilangan tok guru. Yang datang menziarah ramai betul. Yang pergi solat jenazah lagi lah ramai nya. Aku pun tak pasti ayah aku pergi sana ke tak. Pergi rasanya ni.
Ni anak buah aku Alisya Azzalea. Masa dia lahir 2 tahun lepas, sempat lah ayah aku bawak dia bertahnik dengan tok guru. Ayah aku cerita, memang ramai orang beratur nak tahnik kan anak masing-masing kat tok guru. Sampai ayah aku terpaksa kejar arwah ke depan pintu rumah.
Anak aku Insyallah lahir hujung bulan 3 nanti. Aku dan suami dah carikan ustaz sebab nanti aku pantang kat Melaka. Walaupun tak dapat dengan arwah tapi aku boleh je bercerita kat dia nanti kan pasal arwah.
Al Fatihah Ayah Zik. Semoga syurga tempat mu.
No comments:
Post a Comment