Having nasik lemak sambal paru (dah berapa lama aku tak makan nasik lemak pun dah lupa ) dengan milo kosong ais. Memang selama ni minum milo tak suka letak gula atau susu sebab rasa dia manis nya walaupun orang lain minum air macamtu rasa tawar hihi.
Lately kan, perangai sangat. Suka minum air sejukkk je. Pepagi boleh je selamba bukak peti minum ais sejuk. Kalau ada air batu lagi laa suka. Tapi tu lah, suka pun beringat gak. Ais kan bukan elok di minum pun. Even preganant ke tak, memang tak bagus minum minuman berais.
Hormon ni ekeke.
Sampai klinik, check urine, timbang berat duduk menunggu walaupun kata nya my appointment pukul 10 pagi kan. Masa tu 9.30 pagi dan orang yang pukul 8 pagi pun belum sudah lagi hohoho.
Makan nasik lemak pagi tadi dengan harapan berat akan naik sikit la (hipotesis semata, makan sejam lepas terus harap berat naik kat mesin penimbang) . Hurmm untuk 3rd trimester berat minimum kena naik 2kilos ya kekakak.
Kita nya naik 1.6 kilos. Current berat 52.3 kilos. Misi tak cakap apa , aku pun diam je la ekeke.

Saat yang ditunggu. Jeng jeng jengggg. Check perut time! Masa check perut tu, anak kita kepala duk mengiring belah kanan. Dah mak nya dah risau, kenapa tak pusing bawah lagi nak oii?
Misi seolah memahami cakap pun lemah lembut.
'Tak apa puan, baru 33 minggu kan. Lagipun anak sulung ni kadang2 dia lambat sikit nak pusing sebab dia tak nampak lagi laluan dia. Puan jangan risau lagi ya. Next check up mesti dia dah berpusing. Setiap hari puan kena cakap dengan baby suruh dia pusing kepala kat bawah ya'
Angguk je la aku time tu.
Well memang tak payah risau pun. Sebab its too early dan ruang pun ada lagi untuk budak kecik ni berpusing bergolek kat dalam tu. Tapi aku google jugak la cari cara macamna nak bagi kepala baby turun ke jalan yang betul ehehe.
1) Masa sujud solat tu, sujud lama-lama . Yang ni memang aku buat masa sujud last tu. Tapi semakin baby makin besar, makin semput deh nak lama-lama.
2) Tidur mengiring ke kiri. Dari sebelum pregnant sampai pregnant I is tidur belah kanan sahaja yang selesa. Kalau kekiri, rasa macam sakit dada. Tapi buat jugak la bila teringat hehe.
3) Squat. Yang aku baca memang squat ni elok tapi buat kena berpadaaaaa. Kalau sakit sangat jangan paksa. Boleh cari kat google cara squat yang betul untuk pregnancy mommy. Aku pun refer sana.
4) Ntah. Lupa hihi.
Lain orang lain cara nya. Semua terpulang nak buat cara macamna janji selesa badan.
Aku pantang betul dengar orang cakap, alah buat macamna pun kalau sakit, sakit jugak. Ewah dia. Memang laa sakit tu dah tentu, tapi kalau kita usaha tuhan pun suka. Mungkin dengan dah usaha macam-macam akhirnya tuhan bagi ringan sikit sakit tu tak nak ke?
Till then!
No comments:
Post a Comment